Tuesday, 2 December 2014

Kropoks Korner

Kropoks Korner


Merupakan pemborong bagi produk-produk dari negeri Pantai Timur (Kelantan) terutamanya keropok dan juga kerepek..


Untuk sebarang pertanyaan/tempahan:

Whatsapp :     012-3072541 (Pn.Nora)
fb      :     sohorkelate


 blog  :     sohorkelate.blogspot.com

Wednesday, 19 November 2014

Keropok Keping: Jenis, Harga & Kadar Pos

Ada pelbagai jenis keropok keping di sini..

Untuk pos, keropok akan dimasukkan didalam kotak (lihat gambar).



Berikut senarai harga dan jenis keropok:

Keropok Syiling
RM11.00/kg
RM150.00/kotak isian 15kg (rm10/kg)
Keropok Lidah Ayam

RM11.00/kg
RM150.00/kotak isian 15kg (rm10/kg)

Keropok Ikan Parang Asli
RM20.00/kg
RM180.00/kotak isian 10kg (rm18/kg)

Keropok Ikan Jejari
RM12.00/kg
RM150.00/kotak isian 15kg (rm10/kg)

Keropok Cap Ikan Emas (Asli) 
- ada dalam bentuk syiling & lidah ayam
RM3.50/pek (3 pek rm10.00)
RM100.00 - 35 pek (rm2.85/pek)


Keropok Ubi Kentang (Putih/Kuning)
RM12.00/kg
RM50.00/kotak isian 5kg (rm10/kg)


Keropok Ikan Bilis
RM14.00/kg
RM150.00/kotak isian 12kg (rm12.50/kg)

Keropok Ubi Kayu
RM3.00/pek 
RM50 - 20 pek (rm2.50/pek)

Keropok Ceriping Panda
RM 3.50/pek (3 pek rm10.00)
RM50.00/kotak isian 20pek (rm2.50/pek)


Wednesday, 29 October 2014

Keropok Segera:Jenama,Harga& Kadar Pos

Keropok Segera yang ada terdapat:
 -keropok segera biasa
 -keropok segera sira madu

Antara jenama yang kami sediakan adalah dari daerah di Tumpat, Kelantan yang mana kawasan ini memang dikenali dengan pembuatan keropok dan kerepek.

 Senarai harga dan jenama adalah seperti di bawah:



Keropok Segera Cap1 Malaysia
(Biasa-80g)
dari Tumpat, Kelantan
RM1 .20/pek
Harga Borong: rm35/beg isian 30pek 
(min order: 4 beg bagi belian secara pos)
Keropok Segera Cap Pinggan
(Biasa-80g & Sira Madu-80g)
dari Tumpat, Kelantan
RM 1.20/pek
Harga Borong: rm45/beg isian 40pek 
(min order: 4 beg bagi belian secara pos)


Keropok Segera Cap Masjid
(Biasa-80g)
dari Tumpat, Kelantan

RM1 .20/pek
Harga Borong: rm35 /beg isian 30pek 
(min order: 4 beg bagi belian secara pos)


Keropok Segera Cap Kuda Laut
(Biasa-80g)
dari Tumpat, Kelantan

RM1 .40/pek
Harga Borong: rm30/beg
(min order: 4 beg bagi belian secara pos)

(Tiada gambar)
Keropok Segera Cap Menara
(Biasa, Sira Madu, Ubi Kentang Sira Pedas)
Kelantan

RM1 .20/pek
Harga Borong: rm40.00 /beg isian 40pek 
(min order: 40pek bagi belian secara pos)
( tiada stok buat sementara)


Bila pelanggan tanya jenama mana yang lebih sedap, jawapannya semuanya sedap blako..!

Kalau nak saya rekomenkan, saya kategorikan pilihan saya:

bagi Segera biasa:
Pilihan pertama> Cap Kuda Laut (tapi mahal sikit la, favourite org kelate..) & Cap 1 Malaysia (memang laku stok ni & cepat habis, crispy tak berminyak)
Pilihan ke-2 > Cap Pinggan (ni banyak dijual di KL dan merata dlm M'sia ) & Cap Menara
Pilihan ke-3 > Cap Masjid (packaging kurang cantik tapi rasa boleh tahan gak, biasa di jual di Kelantan)

bagi Segera Sira Madu:
Pilihan pertama> Cap Menara 
Pilihan ke-2 > Cap Pinggan (keropok agak hancur berbanding Cap Menara, bab rasa bole tahan gak..)






Monday, 21 April 2014

Consignment..Apa tu?

Consignment basis maksudnya kita letak barang dulu di kedai dan owner kedai jual dulu. Dah jual baru mereka bayar pada kita. Cara payment di bayar pada kita - bill to bill basis (tambah stok baru ambil payment barang lama yg dah terjual). 

Kenapa bagus teknik consignment ni :

a) owner kedai tak terbeban menanggung risiko jika barang tak terjual. Maklum lah produk kita produk biasa yang tak de promo besar besaran di TV jadi mereka boleh test jual dulu. Tak laku mereka boleh return pada kita..

b) kita boleh letak barang kita byk2 di kedai sbb owner tak tanggung risiko. Kita boleh test semua kerepek yg kita ada. Sebaik nya bagi satu rak free (seperti gambar) pada kedai dan susun barang kita penuh satu rak. Jangan guna rak owner. Guna rak kita kerepek pun selamat tak mudah rosak. Guna rak owner nanti dia alih alihkan sbb nak letak barang dia yg lain. Rak display ni ada roda jadi boleh letak depan kaunter. Mudah orang nampak..

Murah jer..tempah kat kedai welding. Bila owner tak nak ambil kerepek kita lagi, ambil semula rak dan letak di kedai lain..

Sebaik nya packing kerepek dalam 100g untuk jual dgn harga RM2 sepeket. Anda tolak pada owner RM1.50. biar dia ambil untung 50 sen..Satu rak boleh gantung paling kurang 50 peket. Satu jenis 5 peket, dapat dispaly 10 jenis kerepek..

Teknik ni aku belajar dari syarikat jual jeruk dan kekacang. Mereka guna teknik yg sama. Satu van promosi company ni paling kurang ada 300 rak di 300 kedai. Satu hari van ni follow up 10 kedai untuk tambah stok, ganti stok dan collect payment..Kalau satu company ada 10 van? pergh....Lumayan kan?

Mengapa Orang Kelantan Antara yang Paling Kaya di Malaysia?

Petikan dari: http://www.usahawan.com/strategi-bisnes/mengapa-orang-kelantan-antara-yang-paling-kaya-di-malaysia.html
dinarkelantan
Kelantan merupakan salah satu negeri di Malaysia yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, dianggarkan seramai 1.6 juta penduduk.  Majoriti penduduknya terdiri daripada mereka yang berbangsa Melayu, diikuti oleh Cina, India, Siam dan Orang Asli.   
Mengikut sejarahnya, pada masa dahulu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah.  Kelantan mempunyai 10 jajahan yang terdiri daripada Jajahan Kota Bharu, Jajahan Pasir Mas, Jajahan Tumpat, Jajahan Pasir Puteh, Jajahan Bachok, Jajahan Kuala Krai, Jajahan Machang, Jajahan Tanah Merah, Jajahan Jeli, Jajahan Gua Musang dan Jajahan Kecil Lojing.
Ekonomi negeri Kelantan adalah berasaskan kepada produk pertanian, getah, pembalakan, pelancongan, penanaman padi dan juga tembakau.  Bagi mereka yang duduk di pesisiran pantai pula, aktiviti penangkapan ikan menjadi penyumbang kepada ekonomi isi rumah mereka. Segelintir penduduk negeri Kelantan yang pandai menggunakan kemahiran kraf tangan yang mereka ada, menjadikan ia sebagai punca pendapatan.  Antara produk kraf tangan yang dihasilkan adalah seperti batik, tenunan songket dan juga ukiran kayu.  Terdapat juga sebilangan besar penduduk Kelantan yang berniaga untuk menyara kehidupan mereka.  Sebut sahaja apa jenis perniagaan, segala-galanya ada.  Mereka ini ada yang berniaga di pasar besar, pusat membeli belah, zon bebas cukai, kedai runcit, peruncit yang menjual bahan mentah dari rumah ke rumah dengan menaiki van, dan ada juga yang menjadikan kediaman sendiri sebagai tempat untuk menjual barangan harian secara kecil-kecilan. 
Rahsia Peniaga Di Kelantan
Tentu anda ingin mengetahui apakah rahsia peniaga di Kelantan ini? Pada dasarnya mungkin tiada rahsia atau strategi yang spesifik yang diguna pakai oleh peniaga di negeri ini ketika memulakan atau menjalankan perniagaan mereka.  Namun yang berikut ini adalah beberapa faktor yang dilihat sebagai faktor kejayaan peniaga-peniaga ini. 
1.     Bijak Menggunakan Peluang Yang Ada.  Ini pandangan ikhlas saya, pada pendapat saya peniaga di Kelantan bijak mencari dan menggunakan peluang yang ada.   Sebagai contoh, jika mereka hendak berniaga, peniaga ini akan memulakan perniagaan di tempat yang menjadi tumpuan peniaga dan juga orang ramai.  Peniaga-peniaga ini akan sentiasa menjaga hubungan baik dan bertimbang rasa sesama mereka.  Jarang dilihat peniaga yang menjual barangan yang sama dengan peniaga yang berniaga di sebelahnya.  Contohnya, jika peniaga di sebelah sudah menjual colek buah atau sate ikan, maka peniaga yang sebelah lagi akan menjual air batu pula. Mereka saling melengkapi, dan sebaik mungkin cuba mengelakkan persaingan, lantas mengelakkan pergaduhan. 
2.     Kesepakatan.  Bagi mereka yang menjual di bazar atau di kedai-kedai bebas cukai pula, kebanyakannya akan bersepakat dalam menentukan harga yang akan dikenakan bagi setiap barangan itu agar nilainya sama untuk setiap kedai.  Contohnya, jika kedai A mengenakan harga RM45 untuk sepasang tudung bawal gred A, begitu juga lah harganya di kedai B.  Jika barangan di kedai A kehabisan stok maka mereka tidak akan melepaskan permintaan daripada pelanggan itu begitu sahaja.  Sanggup peniaga ini mencari barangan yang sama di kedai-kedai yang lain demi memuaskan hati pelanggan mereka, secara tidak langsung dapat juga menambah jualan rakan kedai yang lain.  Pakaian dan fesyen yang dijual juga mengikut trend terkini, yang kebanyakannya diimport dari negara jiran, Thailand.
3.     Aliran Tunai Yang Tinggi.  Kelantan dilaporkan antara negeri yang mencatatkan aliran tunai paling tinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.  Majoriti penduduknya membeli belah tanpa kad kredit dan hanya menggunakan wang tunai semata-mata.  Sebagai contoh, jualan tunai di hypermarket Kota Bahru, Kelantan mencatatkan rekod antara yang tertinggi di Malaysia.  Sebilangan besar rakyat Kelantan boleh berbelanja mengikut kemahuan tanpa kebergantungan terhadap penggunaan kad kredit.  Ini juga mungkin merupakan salah satu punca pemangkin mengapa rakyat Kelantan berminat untuk berniaga.  Bagi peniaga, belian secara tunai memudahkan mereka kerana masalah hutang dapat dielakkan.  Keuntungan yang dimiliki hasil daripada jualan tunai dapat  digunakan semula dengan segera oleh peniaga tadi sebagai modal untuk pembelian barangan yang lain pula. 
4.     Penjenamaan.  Ya, antara strategi perniagaan peniaga negeri ini adalah dengan mengeluarkan jenama produk tertentu contohnya produk makanan menggunakan nama-nama yang bercirikan kemelayuan atau jenama yang melambangkan produk itu adalah hasil buatan orang Melayu sendiri seperti ‘Sos Pencicah Cik Nah’ atau ‘Keropok Segera Cap Keropok dan Pinggan’.  Ada juga yang menggunakan logo keris, kubah masjid dan sebagainya dalam penjenamaan produk atau kedai mereka.  Dialek Bahasa Melayu Kelantan juga diguna pakai dalam penjenamaan produk, contohnya produk budu berjenama ‘Budu Tersohor Kelate!’, dan seterusnya menjadikan produk itu tadi lebih cenderung ke arah ‘mesra’ pengguna.  Negeri yang terkenal dengan gelaran ‘Serambi Mekah’ ini juga masih mengekalkan tulisan jawi pada sebilangan besar papan tanda iklan-iklan di tepi jalan, di samping model wanita yang menutup aurat untuk menjaga lambing kesucian agama Islam itu sendiri seterusnya menarik kuasa membeli pada segenap lapisan masyarakat.
5.     Bahan mentah yang murah dan mudah didapati.  Jika dilihat daripada sudut harga pula, walaupun kita tahu Kelantan merupakan tempat tarikan pelancongan, namun barang makanannya masih lagi boleh dijual dengan harga yang murah.  Ada beberapa faktor penyebab yang memungkinkan hal ini berlaku antaranya kos bahan mentah yang murah dan mudah didapati.  Pada perspektif lain pula, dengan menjual pada harga yang murah juga mungkin menunjukkan bahawa peniaga di sana tidak lah terlalu sempit hidupnya untuk sewenang nya menaikkan harga barang.  Bayangkan untuk sarapan pagi anda hanya perlu membayar lebih kurang RM1.50 untuk nasi berlauk ayam dan kuih-muih pula masih lagi berharga 25 sen sebiji berbanding jika di Kuala Lumpur sudah tentunya harga bagi kedua-duanya boleh mencecah sehingga RM3.50 dan 40 sen masing-masing.
6.     Minat dan Permintaan.  Antara faktor lain yang menjadi rahsia peniaga di Kelantan adalah minat yang mendalam terhadap dunia perniagaan yang mungkin disebabkan faktor keluarga ataupun atas sikap diri sendiri.  Penduduk Kelantan memang terkenal dengan sikap mereka yang suka berdagang dan berniaga.  Selain itu, permintaan terhadap barangan sentiasa ada, baik barangan runcit, makanan mahupun barangan keperluan yang lain.  Sebutlah apa sahaja jenis perniagaan, pasti ada peniaga yang sudah atau mampu mengusahakannya. Di Kelantan, banyak terdapat pusat-pusat perniagaan seperti Pasar Besar Siti Khadijah atau dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Buluh Kabu yang terletak di pusat bandar Kota Baharu.  Pasar Besar Siti Khadijah merupakan salah satu pusat perniagaan yang menjadi tarikan pengunjung yang datang ke negeri Kelantan.   Pengunjung dapat melihat satu pemandangan yang unik apabila kebanyakan peniaga di sini terdiri daripada kaum wanita!  Antara pusat perniagaan lain yang terdapat di negeri Kelantan adalah seperti Pasar Borong Wakaf Che Yeh, KB Mall, KB Bazar, Bazar Buluh Kabu, Bazar Tok Guru, Pusat Perniagaan Zon Bebas Cukai Rantau Panjang dan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur.  
7.     Sikap Peniaga. Sifat berniaga dan suka merantau itu sememangnya sudah sebati dalam diri penduduk di negeri Kelantan.  Walaupun berada di luar negeri Kelantan, anak kelahiran Kelantan tidak akan segan silu untuk memulakan perniagaan.  Ini realiti.  Satu perkara lagi yang boleh kita lihat adalah pada sikap peniaga itu sendiri yang berdisiplin dan mudah mesra pelanggan.  Jika berkunjung di kedai atau bazar yang terdapat di sini, peniaga-peniaga ini memang pandai bermanis mulut ketika melayan pelanggan mereka.  Tidak kiralah sama ada peniaga itu sudah berusia ataupun yang masih muda, dialek Bahasa Melayu Kelantan yang adakalanya terlalu pekat tidak dijadikan alasan untuk tidak berkomunikasi dan melayan dengan baik pelanggan mereka. 
Namun, ada juga yang peniaga di Kelantan ini yang berniaga sekadar untuk mengambil alih perniagaan yang diwarisi oleh keluarga dan ada juga yang menceburi bidang perniagaan kerana keadaan memaksa contohnya mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap akibat tiada kelulusan yang bersesuaian.  Maka atas faktor desakan hidup mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. 
Contoh Usahawan Kelahiran Negeri Kelantan Yang Berjaya
Jika inginkan contoh usahawan Kelantan yang berjaya, maka siapa yang tidak kenal Datuk Steven Sim – pengasas francais Secret Recipe.  Datuk Steven Sim merupakan anak kelahiran Kota Baharu, Kelantan dan membesar dalam kalangan orang Melayu.  Fasih bertutur dalam dialek Bahasa Melayu Kelantan, beliau kini mempunyai 270 restoran di 8 buah negara termasuk Australia dan mempunyai lebih 3000 tenaga pekerja yang 98% daripadanya terdiri daripada orang Melayu. 
Kaum bumiputera Kelantan pula tidak terkecuali.  Ramai juga usahawan bumiputera kelahiran negeri Kelantan yang telah berjaya, contohnya pengusaha bas Sani Express, Dato Wan Mohamad Sani yang pernah dinobatkan Tokoh Usahawan Muda oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA).  Begitu juga dengan seorang lagi usahawan terkenal, Datuk Yusmira Mohd Yusof yang merupakan pengasas produk kecantikan Yusmira.  Ketiga-tiga mereka merupakan antara contoh usahawan kelahiran negeri Kelantan yang sangat berjaya pada ketika ini.
Kesimpulan
Dunia perniagaan bukanlah satu bidang yang asing lagi bagi penduduk di negeri Kelantan.  Anak-anak kelahiran negeri Kelantan yang merantau ke negeri-negeri lain juga cenderung untuk berniaga walaupun mereka tidak berada di negeri kelahiran mereka sendiri.  Tiada perasaan malu atau segan untuk mula berniaga walaupun terpaksa bermula daripada peringkat bawahan.  Beberapa rahsia peniaga yang dibincangkan di atas tadi hanyalah mengikut pandangan mata kasar sahaja.   Sudah tentunya terdapat banyak lagi faktor-faktor intrinsik dan ekstrinsik yang boleh diambil kira sebagai penentu kejayaan seorang peniaga itu. 
Namun dalam apa juga bidang yang diceburi, tidak semuanya akan berakhir dengan kejayaan.  Kejayaan bagi seseorang peniaga itu tentu tidak akan menjadi kenyataan tanpa semangat yang tinggi dan kecekalannya dalam mengharungi segala dugaan yang tiba.  Kini, gelaran yang selalu diberikan kepada negeri Kelantan sebagai negeri dengan penduduk yang “miskin” atau “mundur” itu mungkin sudah tidak relevan bagi rakyat negeri ini.  Hakikatnya mereka ini sebenarnya kaya dengan semangat, pengalaman dan budi bahasa.  Jika tidak percaya, datanglah sendiri ke Kelantan. 

Tuesday, 15 April 2014

Info: Cara menghasilkan keropok keping



  • Di Malaysia ia diusahakan di persisiran pantai Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah.Keropok lazimnya diproses daripada ikan, udang atau sotong yang diadun bersama tepung kanji atau tepung sagu.

  • Ikan yang digunakan ialah parang, tamban, selayang, kerisi, lolong bara, biji nangka dan lain-lain.
    Foto
    KEROPOK dikeringkan.

  • Mengikut Peraturan Makanan 1985, keropok ikan hendaklah disediakan daripada ikan dan kanji dan kandungan protein tidak kurang 15 peratus.
  • Keropok yang bermutu boleh diperoleh bergantung kepada kesegaran ikan, jenis ikan dan proses penyediaan.
  • Keropok yang bermutu juga dapat dinilai dari segi rasa, kerangupan serta kembang apabila digoreng.
  • Antara keropok dihasilkan ialah jenis kering, keropok lekor (basah) dan bersira.
  • Cara-cara pemprosesan keropok lekor atau keropok kering seperti bancuhan adunan, membentuk, memasak, memotong, menjemur, membungkus dan menyimpan.
  • Lazimnya, keropok keping di bentuk di antara 30 sentimeter (cm) hingga 50 cm. 
  • Panjang, bergaris pusat diantara 6 hingga 10 sm serta mempunyai berat 500 gram hingga satu kg, manakala keropok lekor lebih kecil antara 100 hingga 500 gram.
  • Keropok lekor boleh dimasak dengan kukus, rebus atau goreng, manakala keropok keping direbus atau dikukus.
  • Keropok yang dikukus mempunyai kualiti lebih baik berbanding keropok yang direbus. 
  • Keropok yang di kukus mengambil masa satu hingga satu setengah jam untuk masak bergantung.
  • Keropok yang di rebus akan timbul serta naik kepermukaan air apabila ia masak.
  • Keropok yang siap dimasak, disejat dan disimpan dalam keadaan sejuk dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum dipotong nipis membentuk kepingan.
  • Keropok yang dipotong nipis di susun di atas pemidai dan di jemur kepada cahaya matahari.
  • Di dalam keadaan cuaca baik keropok boleh menjadi kering dalam masa 6 hingga 7 jam.
  • Keropok yang kering di angkat, di simpan atau terus ditimbang dan dibungkus dalam bekas plastik.
  • Plastik ini di pateri dengan menggunakan api lilin, pelita atau dengan menggunakan mesin pateri.
  • Pembungkusan adalah faktor penting dalam mengawal kualiti produk.
  • Pembungkusan yang tidak baik akan mengakibatkan pendedahan kepada kesan-kesan persekitaran.
  • Ini akan menyebabkan hasilan menjadi lemau, berkulat, tengik, busuk dan hilang khasiat pemakanannya. 
  • Keropok yang dibungkus dengan berat tertentu perlu di susun dengan rapi bagi mengelak kerosakan.

  • Dipetik dari :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Caramenghasilkankeropok/Article/index_html